Laman Web Rasmi SK Bukit Mutiara, Johor Bahru
16 December 2017 20:41:32
Navigation
Latest Articles
· Pages Frog VLE SKBMJB
ID Yes & Zoom-A Guru
ID Yes Murid & Ibubapa
Info
    
    
Pertandingan Bercerita Dalam Tulisan Jawi
NewsSempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah tahun 2016 M / 1437 H, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Pertandingan Bercerita Dalam Tulisan Jawi untuk murid-murid Tahap 2. Pertandingan ini diadakah selama tiga hari, bermula pada hari ini.

Kejohanan Merentas Desa Daerah JB
NewsTahniah kepada murid-murid sekolah ini yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Daerah Johor Bahru Bawah 12 Tahun yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Nusantara pada 17 Januari 2016. Beribu-ribu ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki kerana telah memenangi tempat ke-3 dalam kejohanan ini.

Program Transisi Tahun 1 2016
NewsSaksikan gambar-gambar sekitar Program Transisi Tahun 1 di album. Program ini masih sedang dijalankan dan berlangsung selama 3 minggu. Semoga murid-murid Tahun 1 yang baru bersekolah ini dapat bersedia untuk meneruskan persekolahan formal selepas pra-persekolahan.

Sumbangan Beg
NewsPada 4 Januari 2016, NGO dengan kerjasama komuniti Flat Desa Mutiara telah menyumbang beg kepada murid-murid yang terpilih. Terima Kasih atas sumbangan yang diberikan.

Hari Pertama Persekolahan
NewsGambar-gambar sekitar perhimpunan pada hari ini, 3 Januari 2016. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Tahniah kepada murid-murid kerana hadir pada hari ini.

Jualan Buku & Kelengkapan Sekolah
NewsJualan buku dan kelengkapan sekolah telah pun bermula. Beberapa hari sebelum bermula sesi persekolahan 2016, kelihatan ibubapa dan penjaga telah pun membeli buku dan kelengkapan sekolah. Tahniah kerana telah membuat persediaan untuk anak-anak bersekolah. Semoga tiada masalah untuk anak-anak belajar.

Landskap Baru Pejabat
NewsDi depan pejabat sekolah telah dihiasi dengan landskap yang cantik. Landskap ini telah dibuat pada tempoh cuti persekolahan akhir tahun 2015. Terima kasih kepada pekerja swasta, staff dan pentadbir sekolah yang telah bertungkus lumus menyiapkannya sewaktu guru-guru dan murid-murid sedang bercuti.

Juara Grand Final Karnival Futsal Bawah 12 Tahun
NewsTahniah kepada Pasukan Bola Sepak bimbingan Cikgu Jeffry Alexter dan rakan-rakan guru kerana telah merjuarai Grand Final Karnival Futsal Bawah 12 Tahun yang berlangsung pada 6 Disember 2015.

Taklimat & Penyerahan Surat Lantikan Pengawas Tahun 2016
NewsSekitar Taklimat & Penyerahan Surat Lantikan Pengawas Tahun 2016. Tahniah kepada murid-murid yang dipilih menjadi pengawas pada tahun hadapan.

Majlis Makan Malam Guru & Staff SKBM 2015
NewsMajlis Makan Malam Guru & Staff SKBM juga akan diadakan pada malam ini. Jam 7.30 malam menantikan ketibaan jemputan, seterusnya majlis bermula dengan rasminya pada jam 8.00 malam.
Pengumuman Keputusan UPSR 2015
NewsPada hari ini, 17 November 2015, keputusan UPSR akan dikeluarkan. Calon sekolah ini boleh mendapatkan keputusan di sekolah selepas jam 10.00 pagi. Keputusan UPSR juga boleh disemak menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 yang juga diaktifkan bermula jam 10.00 pagi. Caranya ialah hantar SMS dengan format UPSR [angka giliran] ke 15888.
Guru Besar

Pn. Noor Huda Binti Hamid
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Forum Threads
Newest Threads
No Threads created
Hottest Threads
No Threads created
PSS FB Pages
Frog VLE FB Pages


View IP
Info


[ Page Views : 61684 ] [ 174,682 unique visits ]
Copyright © SK Bukit Mutiara Johor Bahru 2015